Saturday, 22 October 2016
Al-Quran.
Sesiapa saja membaca Al-Quran dengan menginginkan ilmu, maka Allah akan mengurniakan kepadanya ilmu, barang siapa menghendaki pahala, maka Allah akan memberikan hal yang sama dengan apa yang mereka niatkan. Barang siapa yang mentadaburi Al-Quran kerana didasari semangat untuk mencari hidayah, maka terang baginya jalan kebenaran. Hadis riwayat Ibnu Taimiyah.
Hasad dengki.
Tidak dibenarkan sebarang hasad dengki terhadap dua golongan iaitu sesorang yang telah Allah merahmatinya dengan pembaca Al-Quran maka dia berada dalam keadaan demikian siang dan malam dan seseorang yang dikurniakan harta dan dia memvbelanjakan harta itu ke jalan Allah siang dan malam. Hadis Riwayat Bukhari.
Friday, 7 October 2016
Thursday, 6 October 2016
Surah 69. Ayat 15-35.
Surah Al-Haaqqa
Maka pada saat itu berlakulah hari kiamat. (15) Dan terbelahlah langit, lalu menjadilah ia pada saat itu reput (dan runtuh). (16) Sedang
malaikat-malaikat (ditempatkan) mengawal segala penjurunya dan Arasy
Tuhanmu pada saat itu dipikul oleh lapan malaikat di atas
malaikat-malaikat yang mengawal itu. (17) Pada
hari itu, kamu semua dihadapkan (untuk hitungan amal); tidak ada
sesuatu pun yang tersembunyi (kepada Allah) dari perkara-perkara kamu
yang tersembunyi. (18) Maka
sesiapa yang diberikan menerima Kitab amalnya dengan tangan kanannya,
maka dia akan berkata (dengan sukacitanya kepada sesiapa yang ada di
sisinya): Nah! Bacalah kamu Kitab amalku ini! (19) Sesungguhnya aku telah mengetahui dengan yakin, bahawa aku akan menghadapi hitungan amalku (pada hari yang ditentukan)! (20) Maka (dengan itu) tinggallah dia dalam kehidupan yang senang lenang lagi memuaskan. (21) Di dalam Syurga yang tinggi (darjatnya). (22) Buah-buahannya dekat untuk dipetik. (23) (Masing-masing
dipersilakan menikmatinya dengan dikatakan): Makan dan minumlah kamu
makanan dan minuman sebagai nikmat yang lazat dan baik kesudahannya,
dengan sebab (amal-amal soleh) yang telah kamu kerjakan pada masa yang
lalu (di dunia)! (24) Adapun
orang yang diberikan menerima Kitab amalnya dengan tangan kirinya, maka
dia akan berkata (dengan sesalnya): Alangkah baiknya kalau aku tidak
diberikan Kitab amalku. (25) Dan aku tidak dapat mengetahui hitungan amalku. (26) Alangkah
baiknya kalau kematianku di dunia dahulu, menjadi kematian pemutus
(yang menamatkan kesudahanku, tidak dibangkitkan lagi). (27) Harta kekayaanku tidak dapat menolongku sedikitpun. (28) Kuat kuasaku (dan hujah-hujahku membela diri), telah binasa dan hilang lenyap dariku. (29) (Lalu diperintahkan malaikat penjaga Neraka): Tangkaplah orang yang berdosa itu serta belenggulah dia. (30) Kemudian bakarlah dia di dalam Neraka Jahiim. (31) Selain
dari itu, masukkanlah dia dalam (lingkaran) rantai besi yang ukuran
panjangnya tujuh puluh hasta, (dengan membelitkannya ke badannya)! (32) Sesungguhnya dia dahulu tidak beriman kepada Allah Yang Maha Besar. (33) Dan dia juga tidak menggalakkan (dirinya dan orang lain) memberi makanan (yang berhak diterima oleh) orang miskin. (34) Maka pada hari ini, tidak ada baginya di sini (seorangpun dari) kaum kerabat serta sahabat handai (yang dapat menolongnya). (35)
Subscribe to:
Posts (Atom)